Nilai Dan Bukti Cinta Sejati
Ada sorang lelaki buta. Semua orang
bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki
itu selalu berkata, “Saya akan
mengahwini awak di saat saya boleh
melihat.”
Suatu hari, ada orang dermakan mata
kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga
lelaki itu melihat. Dengan segera, dia
pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila
dia melihat kekasihnya, dia merasa
sungguh terkejut kerana kekasihnya
juga buta.
Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak
berkahwin dengan saya sekarang?”
Tanpa sebarang alasan, lelaki itu
menolak. Kekasihnya tersenyum dan
berlalu pergi sambil berkata. “Tolong
jaga mata saya baik-baik…”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan